Soalan KKP

Falsafah Pendidikan di Malaysia


KKP FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 1 [2011]
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
PROGRAM:
NAMA PELAJAR:
TAJUK KURSUS: EDU 3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEMESTER: 1
TARIKH MULA:
TARIKH HANTAR:

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:
  1.        Menghuraikan sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia
  2.        Menilai implikasi perkembangan falsafah pendidikan Islam, Barat dan TImur terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  3.        Menjelaskan kandungan kurikulum dan pelaksanaan KBSR
  4.        Mengamal dan menghayati prinsip-prinsip dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam perkhidmatan perguruan.
  5.        Menghargai perjuangan insane guru dengan mengamalkan budaya kerja guru sebagai ibadah.
  6.     Kerja kursus ini menilai HAsil Pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.
Objektif KKP:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • 1.       Membincangkan laporan/dasar yang berkaitan dengan perkembangan FPK.
  • 2.       Membincangkan factor-faktor yang menentukan kandungan, matlamat dan aspirasi FPK
  • 3.       Membincangkan sumbangan-sumbangan falsafah Islam, Falsafah Barat dan Timut dalam perkembangan FPK.
  • 4.       Membincangkan implikasi secara peribadi setiap elemen FPK terhadap guru.
  • 5.       Membincangkan implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara.
  • 6.       Membincangkan sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan FPK dengan mweujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, fizikal dan sosial (sila baca onjektif, prinsip-prinsip dan penekanan KBSR sebagai bacaan latar)
  • 7.       Membuat kesimpulan/saranan

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
“Pendidikan di Malaysia adalah satu ussaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secaara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pusat Perkembangan Kurikulum (1990)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi rujukan para pendidik telah wujud atas keperluan sistem pendidikan; dikembangkan dengan merujuk kepada falsafah Islam, Barat, dan Timur dan diterjemahkan dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Soalan A (15 Markah)
Bincangkan laporan/dasar berikut membawa kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
i.                     Laporan Kabinet (1979)
ii.                   Rukun negara
iii.                  Dasar Ekonomi Baru
iv.                 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Soalan B (10 Markah)
Bincangkan faktor-faktor yang menentukan kandungan, matlamat dan aspirasi FPK
Soalan C (10 markah)
Bincangkan sumbangan Falsafah Islam, Barat dan timur dalam perkembangan FPK
Soalan D (20 markah)
Bincangkan implikasi secara peribadi setiap elemen FPK terhadap seorang guru.
Soalan E (10 Markah)
Bincangkan implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara.
Soalan F (25 markah)
Berdasarkan dapatan dan senarai semak semasa pengalaman berasaskan sekolah (PBS), bincangkan sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan FPK dengan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, Emosi, jasmani dan sosial ( anda boleh membaca objektif, prinsip-prinsip dan penekanan KBSR sebagai sebagai bacaan latar). Anda perlu membuat kesimpulan/saranan pada akhir perbincangan.
Sikap dan sahsiah (10 markah)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek
1.       KKP individu ini dinilai berdasarkan keupayaan mengemukakan bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah berdasarkan artikel dan bahan bacaan dan pemerhatian semasa PBS.
2.       Pelajar dikehendaki menulis refleksi keseluruhan dan satu refleksi untuk soalan F (PBS).
3.       Sertakan borang bukti kolaborasi
4.       Format penulisan tugasan adalah seperti:
a.       Arial
b.      Saiz huruf ialah 12
c.       Langkau satu setengah baris
d.      Rujukan mengikut format APA
e.      Lampiran
f.        Muka hadapan portfolio mengandungi:
                                                               i.      Nama pelatih
                                                             ii.      Program
                                                            iii.      Angka giliran
                                                           iv.      Pensyarah pembimbing
                                                             v.      Nombor kad pengenalan & kursus
                                                           vi.      Tarikh hantar
5.       Tugasan ini membawa markah 100%, wajaran 50%
6.       Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7.       Panjang tugasan tidak kurang daripada 10 muka surat (tidak termasuk lampiran)
8.       Tarikh penghantaran:...
Jawapan KKP yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:
1.       Kandungan isi yang menyeluruh
2.       Pemahaman mandalam tentang isu
3.       Bukti pembacaan daripada beberapa sumber
4.       Pandangan dan perbincangan yang matang
5.       Kemahiran merujuk yang baik
6.       Keaslian dalam perbincangan
7.       Olahan bahasa yang baik



PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
TUGASAN PENGAJIAN PROFESIONAL
EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti sekolah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), rekodkan dapatan anda tentang amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diaplikasikan dalam aspek-aspek berikut:
1.       Peranan pihak pengurusan dalam meperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid
a.       Pengurus sekolah
b.      Guru penolong kanan
c.       Petua panitia
d.      Guru bilik darjah
2.       Prasarana
a.       Kemudahan dalam membina perkembangan fizikal
b.      Keceriaan sekolah dalam memupun nilai estetika, kebersihan, kecintaan terhadap alam semulajadi
3.       Program dan aktiviti
a.       Aktiviti kurikulum dalam membina perkembangan kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolehan individu
b.      Aktiviti kokurikulum dalam memperkembangkan bakat dan potensi setiap individu murid

SENARAI SEMAK TUGASAN PBS
BIL
PERKARA
ADA
TIADA
CATATAN
/
X
1
Pengurusan dan Organisasi Sekolah




1.1 Pelan fisikal sekolah




1.2 carta organisasi sekolah



2
Prasarana sekolah




2.1 kemudahan sekolah
·         Ruang pembelajaran
·         Dewan
·         Kantin
·         Padang
·         Padang permainan
·         Pusat sumber
·         Makmal sains
·         Makmal computer




2.2 mural sekolah




2.3 kata-kata hikmah




2.4 nilai-nilai murni
·         Amalan dalam kalangan nurid




2.5 rukun negara




2.6 falsafah Pendidikan Kebangsaan




2.7 bilik darjah
·         Ruang pembelajaran
·         Paparan
o   Jadual waktu
o   Jadual bertugas
o   Peraturan



3
Kurikulum




3.1 sukatan pelajaran




3.2 buku rekod pengajaran guru




3.3 sumber pengajaran-pembelajaran
·         Bahan bantu mengajar
·         Bahan bantu belajar
·         Sudut bacaan
·         Paparan bahan pembelajaran




3.4 kokurikulum






Tamadun Islam


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
KERJA KURSUS PENDEK

NAMA :
SEMESTER : 1/2011
TARIKH HANTAR :
TARIKH MULA:
KURSUS : TAMADUN ISLAM WAJ 3101
TAJUK PROGRAM : PISMP  AMBILAN  JAN 2011
 



















Kursus Tamadun Islam bermatlamat melahirkan guru yang menghayati sifat toleransi dan bangga dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .Ianya juga bertujuan melahirkan guru yang mengetahui konsep dan prinsip asas Tamadun Islam serta menyedari sumbangan tamadun ini terhadap prinsip hidup universal yang telah melahirkan kesejahteraan hidup manusia.


HASIL PEMBELAJARAN

1.    Mengetahui dan memahami tentang konsep dan prinsip asas Tamadun
2.    Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan serta mengaitkannya dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.    Mengetahui sumbangan tokoh-tokoh Islam  dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
4.    Memfoliokan pengumpulan maklumat dan kefahaman yang diperolehi. Perincian akan disampaiakan semasa taklimat
5.    Membentang tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran Tamadun Islam Dan Tamadun Asia sebagaimana yang ditetapkan mengikut kumpulan.


PERHATIAN :

1.            Setiap orang pelajar hendaklah memilih satu soalan sahaja.
2.            Setiap tugasan individu mestilah tidak kurang daripada 10  hingga 15 muka surat sahaja.
3.            Semua tugasan hendaklah dihantar terus kepada pensyarah kelas masing-masing untuk mengelakkan daripada tercicir.
4.            Semua tugasan hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan sepertimana lampiran.
5.            Semua tugasan individu hendaklah menggunakan ‘cover page’ berwarna hijau.


Tajuk-Tajuk Kerja Kursus Taksiran Individu


1.    Tamadun Islam dan Peradaban manusia
-          Peranan manusia sebagai pemulihara alam
-          Asal usul kejadian manusia
-          Mengenalpasti potensi diri sendiri untuk dimanfaatkan
-          Sistem nilai dan pembinaan sahsiah
-          Pembentukan keluarga dan masyarakat

2.    Ekonomi dan harta dalam Islam
-          Konsep harta dalam Islam
-          Pemilikan harta
-          Pengagihan harta
-          Pengurusan harta

3.    Siasah dan Pentadbiran
-          Konsep syura
-          Al-khilafah dan konsep kepimpinan
-          Organisasi pengurusan dan pentadbiran(sistem wizarah) institusi kementerian

4.    Pencapaian dan kesan Tamadun Islam terhadap Tamadun manusia
-          Konsep ilmu
-          Penerimaan ilmu
-          Pencapaian dalam bidang sains tulin, sains sosial dan seni.
-          Tokoh-tokoh dalam tamadun Islam

5.    Pengaruh Tamadun Islam terhadap pertumbuhan ilmu sains moden di Eropah
-          Menghuraikan sebab-sebab perpindahan ilmu Islam di Barat
-          Faktor yang membantu pertumbuhan pembukaan wilayah Islam di Sepanyol dan Sicily
-          Hubungan diplomatik negara Islam dengan negara Eropah
-          Peperangan salib
-          Penubuhan universiti-universiti Eropah
6.    Interaksi Antara    Pelbagai Tamadun
-          Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif  antara pelbagai tamadun
-          Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
-          Persamaan dan Perbezaan
-          Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan kesusasteraan)

7.    Islam dalam Tamadun Melayu
-          Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu
Politik
                      Ekonomi
                      Sosial
-     Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia

8.     Tokoh-Tokoh Tamadun Islam
               
-          Al Farabi
-          Ibn Khaldun
-          Ibn Sina
-          Al Khawarizmi
-          Al Biruni
-          Al Ghazali


9.     Tokoh-Tokoh Tamadun Asia
-          Tokoh-Tokoh Tamadun Cina
-          Tokoh-tokoh Tamadun India
-          Tokoh-tokoh Tamadun Jepun

10.  Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan dunia
-          Kepercayaan
-          Kebudayaan
-          Sosial
-          Teknologi
-          Ilmu pengetahuan


11.  Kekuatan Tamadun Cina sebagai sumber rujukan
- Kesenian
- Konfusionisme
- Globalisasi
                      - Sains dan teknologi

12.  Iktibar daripada Tamadun India:
-          Pandangan semesta dan nilai-nilai yang relevensi kepada Malaysia
-          Sifat penerimaan
-          Sifat toleransi
-          Nilai-nilai Tamadun India

13.    Sumbangan Tamadun Jepun,dari aspek Politik, agama dan pendidikan yang releven kepada Malaysia:
            -    Sejarah Tamadun Jepun
                 -   Nilai-nilai etika dalam masyarakat Jepun

14.  Huraikan peranan yang dimainkan oleh pusat-pusat tamadun Melayu-Islam seperti Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau,     Kelantan dan Terengganu dalam perkembangan tamadun Islam di wilayah Nusantara

15.  Jelaskan secara terperinci adakah benar bencana alam yang banyak menimpa dunia hari ini adalah disebabkan oleh sikap manusia terhadap alam semulajadi ataupun musibah yang tidak dapat dielakkan

16.  Huraikan konsep ‘Jihad’ dalam Islam dan sejauhmanakah perjuangan rakyat Palestin boleh dikategorikan sebagai ‘Jihad’.

17.  Huraikan perkembangan ilmu perubatan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh sarjana Islam  dan pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu perubatan Barat.

18.  Bandingkan konsep ekonomi konvensional (Barat) dengan konsep ekonomi Islam.

19.  Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Salib dan kesannya terhadap masyarakat Islam dan Barat.

20.  Apakah kepentingan ‘Jalan Sutera Lama’ kepada tamadun Cina dan tamadun-tamadun lain yang pernah berinteraksi dengannya

21.  Bandingkan falsafah politik Konfusianisme dan Taoisme.

22.  Sejauhmanakah sistem pendidikan Barat mempengaruhi pemikiran masyarakat India.

23.  Bincangkan persaingan yang berlaku antara penyebaran agama Hindu dan Buddha dalam tamadun India.

24.  Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan penjajahan pemikiran oleh barat pada hari ini dan cara mengatasinya pada perspektif anda sebagai seorang guru.

25.  Globalisasi hanya menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu tamadun barat. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

26.  Kekuatan sesuatu tamadun adalah terletak kepada sejarah silamnya dan juga pencapaian ilmu pengetahuannya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?


Disediakan oleh:                                                                  Disahkan oleh:



(Nik Hassan Seman)                                           (Harun bin Haji Sarail)


BMM3118
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK
(JPT, Soalan Tugasan dan PMM/Rubrik)
                                                                                                    
Mata Pelajaran/
Kursus :
Kod Kursus:
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM3101
Tempoh Pelaksanaan:


Program :
PISMP BAHASA MELAYU  AMBILAN JANUARI 2011
Semester /Tahun:
Semester  1 / 2011
Kumpulan yang terlibat:
PISMP AMBILAN JANUARI 2011
Disediakan oleh:
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS KENT
Disahkan oleh:
Penyelaras
Mata pelajaran/Kursus
Ketua Jabatan
Nama & Tandatangan

................................................
ABDUL NASIR HJ. PAISAL

.................................
PARIDAH MAMAT
Tarikh:
10 JANUARI 2011
10 JANUARI 2011

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JPT TUGASAN PROJEK PISMP BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

JABATAN                            :        JABATAN PENGAJIAN MELAYU

UNIT                                     :        BAHASA MELAYU

TAJUK                                  :        SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAN DOKUMEN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN :       

1.      Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
2.      Menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap.
3.      Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran- kemahiran bahasa.
4.      Menganalisis dan mengaplikasikan Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah dalam langkah pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

OBJEKTIF:
Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat:

1.      Mengenal pasti falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta Dokumen Kurilum Standard Sekolah Rendah.
2.      Menjelaskan kemahiran bahasa, aspek bahasa, dan tatabahasa Melayu dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
3.      Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan memilih kemahiran bahasa, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa yang sesuai.
4.      Melaksanakan sesi pengajaran dan membuat refleksi.


TUGASAN PROJEK
 
INSTITUT: IPG KAMPUS KENT, TUARAN
 
NAMA PELAJAR :
 
MATA PELAJARAN : BMM3101
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN    
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH                       
 
KUMPULAN:
PISMP  BAHASA MELAYU (SR) AMBILAN JAN 2011
 
TUGASAN PROJEK: KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PISMP  (SEKOLAH RENDAH)
 
TARIKH MULA :                                                                               TARIKH HANTAR :
 
 














Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta:
                      i.        Membincangkan perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, dan Matlamat Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010.
                    ii.        Membanding beza perkara berikut dalam bentuk peta minda, jadual  atau pengurusan grafik;
a.   Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
b.   Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
c.    Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
                   iii.        Memilih kemahiran bahasa, aspek seni bahasa, dan Tatabahasa Melayu Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010 untuk pengajaran Bahasa Malaysia tahun satu. Rancang isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dengan menunjukkan prosedur pelaksanaan aktiviti dengan jelas.
                   iv.        Menghasilkan satu rancangan persediaan mengajar (RPH) yang lengkap untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah tahun satu.
                    v.        Menghasilkan satu bahan batu belajar aspek seni bahasa, dan aspek tatabahasa untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah tahun satu. Serahkan bahan bantu belajar tersebut dalam bentuk ‘soft copy’ (CD).
                   vi.        Melaksanakan sesi pengajaran dan membuat refleksi.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1.    Tugasan ini ialah tugasan individu.
2.    Format penulisan adalah seperti yang berikut:
a.    Fon Arial
b.    Saiz huruf 12.
c.    Langkau satu setengah baris.
d.    Rujukan mengikut format APA.
e.    Lampiran.
3.    Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4.    Panjang tugasan tidak kurang daripada 30 muka surat (termasuk persembahan visual).
5.    Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format berikut:
a.    RPH dan bahan bantu belajar diserahkan juga dalam bentuk ’soft copy’ (CD)
b.    Hasil tugasan (a, b, c) perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
                                          i.    Nama Pelatih dan No. Kad Pengenalan
                                        ii.    Nama Pensyarah
                                       iii.    Nama Kursus
                                       iv.    Tahun Pengajian
6.    Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.
7.    Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan dalam lampiran.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.



Tugasan disediakan oleh                                                              Disahkan oleh



_______________________                                                        _______________________
( ABDUL NASIR BIN PAISAL)                                                      ( PARIDAH BINTI MAMAT)



EDU3102

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 1 [2011]
KERJA KURSUS PENDEK

 

PROGRAM:PISMP



NAMA  :



KURSUS          : EDU 3102
      PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

 

SEMESTER:  I/ 2011



TARIKH TERIMA

TARIKH  HANTAR







HASIL PEMBELAJARAN:
1. Menjelaskan sifat-sifat manusia dari perspektif agama dan biologi
2. Menjelaskan prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak
3. Menerangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
4. Menyatakan teori-teori berkaitan yang mendasari perkembangan yang  mempengaruhi tahap perkembangan anak-anak
5. Menguasai teori  perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran
6. Mengenalpasti kategori dan ciri-ciri anak dengan keperluan khas
7. Mensyukuri kurniaan Allah selama pengajaran dan pembelajaran

Hasil tugasan adalah untuk menilai aspek1, 2, 3, 4, 5 and 7

OBJEKTIF KERJA KURSUS PENDEK

Untuk membolehkan pelajar:

1. Membahaskan masalah dengan menerapkan konsep sifat-sifat manusia dari  perspektif agama dan biologi
2. Membahaskan masalah dengan menerapkan teori-teori perkembangankanak-kanak
3. Membahaskan masalah dengan melihat kepada prinsip-prinsip dan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan anak
4. Membuat kesimpulan






KERJA KURSUS PENDEK (100 MARKAH)

Teori perkembangan menghuraikan satu perihal yang dapat menjelaskan tentang fasa-fasa kehidupan serta dapat meramalkan tingkahlaku.

A developmental theory is a scheme or system of ideas that is based on evidence and attempts to explain, describe, and predict behavior and development.
                                                                    (Alan Slater, Ian Hocking, and Jon Loose, 2003)

"Jeffrey Dahmer melalui zaman kanak kanaknya dengan berbagai permasalahan. Orang tuanya selalu bertengkar dan akhirnya bercerai, Ibunya seorang yang sangat emosional dan menyayangi adiknya. Jeffrey Dahmer juga merasa bahawa ayahnya tidak memperdulikan dirinya. Ketika berusia 8 tahun, Jeffrey mengalami gangguan seksual oleh anak laki-laki yang lebih tua.Pengalaman buruk ini menjadi satu igauan buruk sepanjang kehidupannya.

Tahun 1991, seorang lelaki bergegas berlari keluar dari sebuah kediaman apartmen, dimana keadaan di situ pada ketika itu dalam suasana yang berantakan dan menakutkan. Kejadian ini berlaku di kawasan Milwaukee. Seorang lelaki  menghubungi polis, dan mendakwa bahawa Dahmer cuba membuat keganasan untuk membunuhnya dan sekurang-kurangnya17 mangsa lain tidak dapat menyelamatkan diri pada ketika itu.

Alice Walker lahir pada tahun 1944. Dia adalah anak kelapan dari seorang petani yang berpendapatan sekitar  $ 300 setahun. Ketika Walker berusia 8 tahun, kakaknya  sengaja menembak dia di mata kiri dengan senapang angin.Hanya setelah seminggu selepas kejadian baharulah kedua ibubapanya membawanya ke rumah sakit  (disebabkan mereka tidak mempunyai kereta)  Kemudiannya keadan ini telah menyebabkan dia menjadi buta dan meninggalkan parut serius yang kekal.

Walaupun peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa malang dan menyiksanya namun, Walker  tetap meneruskan hasratnya untuk menjadi penulis penyair, dan akhirnya   telah menjadi seorang novelis pemenang anugerah .Dia memenangi hadiah Pulitzer untuk.  bukunya The Color Purple. Dengan melihat kepada apa yang dilalui oleh dirinya serta menjadi panduan terutama  untuk para wanita, AliceWalker mengatasi 
kesakitan  dan kemarahan dengan kekuatan semangat . Walker menulis tentang kisah ''keberadaannya masa kini hingga membawa kepada satu titik kejayaan yang cemerlang”.

Dahmer and Walker merupakan contoh individu yang melalui kepayahan dalam melalui zaman awal kanak-kanak dengan latarbelakang kehidupan yang berbeza. Keadaan ini menyaksikan bagaimana ia berakhir dengan kejadian sadis dan meninggalkan kesan traumatic (Dahmer) dalam kehidupan mereka serta anjakan kepada kehidupan yang lebih baik (Walker)







Hasilkan essei ilmiah yang dapat menjelaskan bagaimana Dahmer dan Walker melalui fasa kehidupan mereka. Essei tersebut seharusnya dapat:-

a)      Menerangkan konsep fitrah manusia dari perspektif biologi dan  keagamaan                                                         (10 markah)
b)     Teori teori perkembangan kanak kanak yang mendasari permasalahan dalam artikel (Piaget, Erickson, Gesell, Havighurst, Kohlberg, Ainsworth atau mana mana teori yang berkaitan)
                                                                                              (40 markah)
c)      Meninjau dan menjelaskan prinsip perkembangan dan faktor yang mempengaruhi proses pekembangan anak                  (20 markah)
d)     Memberi cadangan untuk meningkatkan usaha yang boleh dilakukan untuk membentuk perkembangan yang sihat di kalangan anak-anak                                                                                            (10 markah)
e)      Rumusan dan refleksi                                                  (10 markah)
f)       Sahsiah dan penampilan                                              (10 markah)

PANDUAN MELAKSANAKAN KERJA KURSUS
1.     Tugasan ini adalah tugasan individu
2.     Menyediakan plan tindakan/ rancangan tugas
3.     Menghasilkan penulisan essei yang merangkumi aspek fitrah dari sudut pandangan keagamaan dan biologi
4.     Menggunakan teori berkaitan untuk melandasi penulisan essei
5.     Menyatakan cadangan anda dalam usaha meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak
6.     Amalan Plagiat tidak dibenarkan
7.     Kerja kursus ini membawa 100 markah dan 50% wajaran
8.     Format penulisan tugasan adala hsepert berikut:
i.              Mukadepan
ii.             Biodata dengan gambar
iii.            Isikandungan
iv.            Jawapan
v.             Rujukan mengikut format APA
vi.            Font Arial dan saiz 12
vii.           Langkau dua baris
viii.          Panjang : 10 - 15 mukasurat

Kriteria Pemarkahan

Tugasan ini akan dinilai berdasarkan templet garis panduan pemarkahan (Grid Kriteria Pemarkahan)

Disediakan oleh:                                                         Pengesahan oleh :


( NOOR SALAWATI ABU BAKAR)                          (DOTI  BIN ASING)
                                                                                    Ketua Jabatan JPIP



BMM3117

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK
( Soalan Tugasan )


Mata Pelajaran/
Kursus :
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Tempoh Pelaksanaan:

7 FEBRUARI 2011 HINGGA
21 MAC 2011
Program :
PISMP AMBILAN JANUARI 2011
Semester /Tahun:
1 / 2011
Kumpulan yang terlibat:
  1. PISMP BM 
              

Disediakan oleh:
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS KENT
Disahkan oleh:
Penyelaras
Mata pelajaran/Kursus
Ketua Jabatan
Nama & Tandatangan



      ................................................
JOHN GITOM



.................................
Pn. Paridah Mamat
Tarikh:

17 JAN 2011

17 JAN 2011


                                                                                                   


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN PROJEK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH)



JABATAN                                              :               PENGAJIAN MELAYU

MATA PELAJARAN                            :               BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK                                                   :               PENGAPLIKASIAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA DALAM  KAEDAH, DAN TEKNIK  PENGAJARAN DAN                      
                                                                        PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN :

i.                     Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan  di dalam bilik darjah;
ii.                    Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep: strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat;
iii.                  Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
iv.                  Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini, selaras dengan kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
v.                    Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan elemen-elemen bestari;
vi.                  Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

OBJEKTIF :

Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat:

i.                     Mengenal pasti dan menghuraikan  teori-teori pemerolehan bahasa.
ii.                    Membanding beza teori-teori pemerolehan bahasa dalam bentuk grafik.
iii.                  Membincangkan empat kaedah pengajaran bahasa melayu serta menghuraikan kelebihan dan kelemahan kaedah yang dipilih
iv.                  Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan  mengaplikasikan kaedah dan teknik  pengajaran  Bahasa Melayu dalam  pengajaran mikro.
v.                    Membuat refleksi dan penilaian pelaksanaan kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu


TUGASAN PROJEK

Institut:
IPGM Kampus Kent
Nama Guru Pelatih:

Mata Pelajaran:
BMM 3117
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Unit:
PISMP BM – Ambilan Jan 2011
Tarikh Mula:
 7 Februari 2011
Tarikh Hantar:
21 Mac 2011


Secara relatifnya, teori huraian dan pemerolehan  bahasa mempunyai hubungan  yang sangat rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh yang demikian, seseorang guru bahasa mestilah memahami teori huraian dan pemerolehan bahasa dengan mendalam supaya dapat mengaplikasikannya dengan berkesan sewaktu mereka berinteraksi dengan murid-murid di dalam bilik darjah.

Bagi melaksanakan tugasan ini , anda dikehendaki:
i.                Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang Teori-teori Huraian Bahasa.
ii.               Menghuraikan Teori-teori Pemerolehan Bahasa daripada pelbagai sumber
iii.              Membandingbezakan Teori-teori Pemerolehan Bahasa dalam bentuk grafik.
iv.                    Membincangkan empat kaedah pengajaran bahasa melayu serta menghuraikan kelebihan dan kelemahan kaedah yang dipilih
v.              Merancang dan menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dengan memasukkan kaedah dan teknik yang sesuai.
vi.             Melaksanakan satu pengajaran mikro berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian.
vii.           Menulis refleksi kekuatan dan kelemahan kaedah dan teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran mikro dan bagaimana mengatasi kelemahan tersebut.
viii.           Menghantar hasil tugasan projek pada tarikh yang telah ditetapkan.





PANDUAN

1.            Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.
2.            Hasil tugasan hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
3.            Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan bibliografi yang betul (APA format).
4.            Pengurusan grafik (rajah, jadual dan gambar) hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran).
5.            Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 halaman kertas bersaiz  A4 (Tidak termasuk lampiran) dan dijilidkan.
6.            Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
(a)     Nama Pelajar:
(b)     Angka Giliran
(c)      No. Kad Pengenalan:
(d)     Kumpulan/Unit:
(e)     Kod dan Mata Pelajaran:
(f)       Nama Pensyarah Pembimbing:
(g)     Tarikh Mula dan Tarikh Serahan:

Disediakan oleh,                                                                                                                              Disahkan  oleh





Tarikh:                                                                                                                                             Tarikh: